Wednesday, 22 April 2015

Fakta kalsium dan magnesium di dalam tubuh

hye awak... hye..hye..

Assalamualaikum.. 

lagi stori pasal kalsium.. kali ni stori pasal kenapa sekiranya kita ambil supplemen kalsium diharuskan ada kandungan magnesium didalamnya sekali... mungkin ramai yang dah tahu, tak kurang juga ramai lagi yang tak tahu.. soo.. saya disini adalah sebagai penyampai maklumat lah kiranya.. kikiii.. selamat menuntut ilmu yea kawan kawan.. jangan bosan membaca tau.. sekiranya entry saya ini bosan, mohon tunjuk ajar yea.. ataupun anda boleh beri komen diruangan dibawah.. sharing is caring right??.


Fungsi KALSIUM dalam badan..

kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. 

Sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot. 

Kalsium perlu sentiasa berada dalam aliran darah bagi membolehkan ia menjalankan tugasnya. Jika paras kalsium dalam darah tidak mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis. 

Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet, jumlah keperluan harian biasanya sukar dicapai. Pengambilan makanan tambahan kalsium biasanya disarankan bagi mengatasi masalah ini. Hanya dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan. 

Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta warga tua. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah susu, ikan salmon dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kailan dan brokoli. 

Badan akan menyerap kalsium secara maksimum sebelum seseorang itu berumur 35 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian mendapati bahawa individu berusia 65 tahun ke atas yang mengambil makanan tambahan kalsium dan makanan yang kaya dengan kalsium dapat mengurangkan risiko keretakan tulang dan mampu mengekalkan kesihatan tulang yang baik. 

fungsi MAGNESIUM bersama kalsium


Bagaimana pula dengan magnesium? Secara purata, jumlah simpanan magnesium dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam tisu lembut dan cecair badan. 

Walaupun sedikit, magnesium terbabit dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting. Secara umumnya, magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid, membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan. 

Paras magnesium dalam badan mudah berkurangan akibat faktor seperti tekanan, aktiviti fizikal yang lasak dan pengambilan sesetengah jenis ubat. Dengan itu, pengambilan makanan tambahan sangat digalakkan. Sumber makanan yang kaya dengan magnesium termasuklah bijirin penuh, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kerangan. 

Pengambilan makanan tambahan gabungan kalsium dan magnesium dalam nisbah 2:1 perlu dijadikan keutamaan. Ini kerana nisbah tersebut sudah terbukti dapat memberi kebaikan yang optimum kepada badan. Penambahan vitamin dan mineral tertentu seperti zink, vitamin D3 dan mangan (unsur logam) adalah baik untuk membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan magnesium yang lebih berkesan. 

Kalsium, dalam bentuk kalsium sitrat, terbukti mempunyai kadar penyerapan yang lebih baik berbanding bentuk kalsium yang lain. Kalsium sitrat juga larut dalam air. Ini bermakna kalsium sitrat yang berlebihan, akan disingkirkan melalui air kencing, sekali gus mengurangkan risiko mendapat masalah batu karang.

Tuesday, 21 April 2015

OSTEOPOROSIS Vs KALSIUM

Awak kat mana? Awak.. Awak Kat Mana?

Eh.. eh.. termenyanyi pulak.. kihkihkihh... 

sekarang ni tengah mood untuk bercerita mengenai Kalsium.. Kalsium sesajer la hari nih yop.. ngeee.. kalau tadi saya story mengenai macammana saya boleh terambil supplement Produk Nutrilite Cal Mag D, sekarang saya akan ceritakan akibat sekiranya saya mengabaikan pengambilan kalsium didalam tubuh.



memula sekali mestilah saya ceritakan kenapa Kalsium tu penting untuk tubuh kita yang sangat berharga ni yea.. begini ceritanya.... Pada suatu hari.... hahahaaa... tetiba pada suatu hari lak kan.. okay okay kita mulakan dengan fakta dibawah..

kenapa kita perlukan Kalsium?

Kalsium merupakan mineral penting yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk membina tulang yang kuat dan untuk menjaga mereka kuat sepanjang hidup kita. Kalsium juga diperlukan untuk keperluan lain, seperti kontraksi otot. (especially sepanjang tempoh berpantang)

Bagaimanakah Kalsium berfungsi didalam badan manusia?

Hampir semua kalsium (99%) disimpan dalam tulang. 1% sisanya beredar dalam tubuh. Sekiranya makanan harian yang kita makan tidak dapat membekalkan kandungan kalsium yang cukup untuk 
beredar dalam darah, tubuh Anda akan mengambil kalsium dari tulang. 

Ratusan penyelidikan ilmiah menunjukkan bahawa dari waktu ke waktu, hilangnya kalsium dari tulang dapat menyebabkan "osteoporosis" penyakit tulang, kadang-kadang disebut "tulang rapuh," yang dapat menyebabkan tulang tipis dan risiko yang lebih besar patah tulang.

Adakah kalsium sangat membantu kita setiap masa?

Semua orang memerlukan kalsium untuk membina dan menjaga tulang yang kuat dan untuk fungsi tubuh yang normal. Tetapi beberapa orang berada pada risiko lebih besar untuk mendapatkan osteoporosis ketika mereka semakin tua. Risiko lebih tinggi untuk perempuan daripada lelaki, terutama wanita yang memiliki tulang yang lebih kecil. 

Untuk mengurangi risiko osteoporosis, kita harus makan kalsium yang mencukupi daripada zaman kanak-kanak sehingga dewasa, sepanjang tempoh tulang terbentuk. 

Apakah sumber makanan yang mengandungi kalsium?

Makanan yang merupakan sumber kalsium yang baik termasuk produk tenusu, seperti susu, yogurt dan keju serta sayuran berdaun hijau, seperti kangkung dan lobak hijau. Ada juga beberapa makanan yang menambah kalsium, seperti kalsium yang diperkaya jus jeruk dan jus jeruk.

Apakah kadar pengambilan Kalsium yang harus saya ambil?

Berdasarkan bertahun-tahun penelitian ilmiah, para ahli nutrisi telah belajar bagaimana kalsium yang banyak orang perlu makan setiap hari untuk membangun tulang yang kuat dan mempertahankan massa tulang ketika usia mereka bertambah. Jumlah yang Anda harus makan tergantung pada hal-hal seperti usia Anda. Sebagai contoh:
  • Anak-anak 9 sampai 18 tahun - 1.300 miligram (mg)
  • 19 sampai 50 tahun Dewasa - 1.000 miligram (mg)
  • Dewasa lebih dari 50 - 1.200 miligram (mg)


Apakah akibat pengambilan Kalsium daripada diet harian?

Meskipun adalah mungkin untuk makan terlalu banyak kalsium (lebih dari 2.500 miligram setiap hari), penelitian telah menunjukkan bahawa kebanyakan orang Amerika tidak makan jumlah yang disarankan kalsium yang mereka perlukan setiap hari.

Jika Anda alah terhadap pengambilan laktosa, adalah amat sulit untuk mendapatkan cukup kalsium. Intoleransi laktosa bermaksud tubuh sukar untuk mencerna makanan yang mengandung laktosa, atau gula yang terkandung dalam produk tenusu seperti susu. 

Gas, kembung, kram perut, diare, dan mual adalah gejala yang mungkin Anda miliki. Gejala ini akan menyerang tanpa mengira peringkat usia tetapi sering dimulai saat kita beranjak tua.


TAHUKAH ANDA... INDEX KETUMPATAN KALSIUM DI DALAM TUBUH...

Salam sejahtera dan salam ceria semua..

terbuka hati untuk sharing satu benda yang ramai orang ignore.. walaupun tahu kepentingannya, namun kerana mendapati tubuh masih mampu untuk bebas bergerak saya telah mengabaikan pengambilannya..

masyaAllah.. kasihannya tubuh saya ni.. maafkan saya ye ain.. saya telah mengabaikan awak.. saya berjanji untuk lebih memberi perhatian terhadap tubuh badan saya selepas ini.. selama lebih daripada 30 tahun saya telah menggunakan tubuh ini yang pada awalnya sihat seawal bayi tanpa pengambilan makanan seimbang, namun baru sekarang saya ketahui yang tubuh saya ni kekurangan ketumpatan kalsium.. patut la sakit sakit pinggang, lenguh lenguh kaki, asik terkentut je.. asal amek air sembahyang mesti kena cepat cepat solat takut terkentut.. kikiii.. tak senonoh kan.. pembuangan air besar pun tidak lawas.. rupa rupanya itu adalah salah satu simptom yang badan kita ni kekurangan kalsium.. 

syukur alhamdulillah... nasib baik saya ketahuinya dengan lebih awal.. kerana, mengikut statistik ketumpatan kalsium saya adalah ditahap sempadan untuk lebih mudah kena osteoporosis.. nauzubillah.. minta dijauhkan.. so, sekarang saya mengambil langkah berjaga jaga.. saya kena lebihkan pengambilan kalsium.. adakah saya kena makan lebih sayur, lebih minum susu ataupun apa yang patut saya lakukan yea.. tolong.. tolong.. siapa yang ada solution untuk saya ni.. dan sekiranya saya mengambil pemakanan seimbang, adakah ianya mampu untuk supply keperluan badan saya? mampukah saya untuk mengambil sayuran dalam kuantiti yang banyak untuk setiap hari??? saya rasa saya tidak mampu untuk lakukan.. namun untuk kesihatan diri, saya harus lakukan.. saya buntu memikirkannya. 

oleh itu, saya mencari alternatif lain.. saya pon google google lah didalam internet ni.. banyak info yang saya dapat. sebagai contoh sekiranya kita mengambil makanan tambahan kalsium, seharusnya kita mengambil sekali kalsium yang mengandungi magnesium.. kenapa kena ada magnesium sekali? kerana saya umpamakan begini. kalsium dan magnesium adalah seperti kawan baik yang saling menyokong diantara satu sama lain. anda boleh mendapat maklumat lebih lanjut disini.

Setelah saya menggoogle google, saya terbaca mengenai Produk Nutrilite Cal Mag D.. hebat sangat ke Cal Mag D ni? bagi saya produk ni sangat hebat. kenapa saya kata hebat? kerana, masalah masalah yang saya sebutkan diatas hampir pulih 100% dengan izin Allah.. Kita memang disuruh untuk berusaha, oleh itu saya berusaha untuk mengumpul maklumat mengenai keperluan tubuh saya yang selama ini saya abaikan.. oleh itu, atas asbab produk Nutrilite ini saya telah pulih..

syukur Alhamdulillah.. saya sangat gembira dengan perkembangan ini. atas dasar itulah, saya tanpa segan silu telah mendedahkan kekurangan diri yang selama ini dipendam kerana segan. maunya tak segan beb, asek terkentut je bila amek air sembahyang. dengan pembuangan tak lawas lagi.. namun sekarang, saya boleh berbangga dengan kesihatan yang baru ini.

oleh itu, sahabat sahabat yang saya sayangi semua... marilah kita sayangi diri kita yang selama ini kita telah abaikan . dengan menyayangi diri, kita dapat menunjukkan kepada Allah SWT yang kita juga amat mensyukuri segala nikmat yang diberi oleh Nya.. InsyaAllah..

Oooppss.. lupa pulak nak tayang Cal Mag D ku.. tada... inilah dia...


180 tablet
harga tak ingat plak.. nnti saya check ya..
satu hari makan 2 tablet je..
maknanya leh tahan dekat 3 bulan..
kualiti tahap AAAAA.. kikiii.. top five rating dowhh.



Monday, 20 April 2015

AMAZINGGG NOXXA.. PERIUK SERBAGUNA...MUDAH ALIH.. JIMAT MASA..

Assalamualaikum semua salam sejahtera..

semenjak dua menjak ni saya sangat seronok nak balik umah mak di Klang.. tetiap minggu mesti balik.. asal weekend je mesti muka kitorang terjenggol kat pintu rumah.. yang bestnya siap bawa beg baju nak tidor sana.. mesti mak saya pelik.. kenapa la anak aku ni rajin sangat balik umah dia ni.. kikiii.. memula tu x perasan gak kenapa rajin je nak balik klang ni ye.. rupa rupa nya dah ada penambat hati kami sekeluarga.. seronok sangat ada benda ni..

seronok.. seronok nak share ni.. jeng.. jeng.. jeng..

PERIUK NOXXA IDAMAN KALBU



inilah produk yang telah menambat hati kami sekeluarga.. daripada suami, saya sendiri dan juga anak-anak.. semuanya tertarik dengan periuk ni ha.. nampak simple je periuk ni kan.. dalam simple simple tu, banyak benda yang periuk ni boleh tolong kita tau..  

memula masa mak saya intro pasal periuk ni.. punya sombong, xmo dengar. kata membazirlah, tak rajin masaklah.. sekarang, cuba tengok siapa yang teruja lebih.. siap promote kat blog ni ha lagi.. kihkihkih.. takpe takpe.. biasalah anak ngan mak memang selalu macam tu.. ada je yang tak betul.. ada je yang tak kena.. kan.. kan.. 

okay okay.. dah melalut ni.. kita cerita mengenai kehebatan periuk ni yea.. perkara pertama yang mak saya buat adalah nasi minyak@nasi arab/dodol.. cam pelik jugak memula mak masak tu. bukan pelik apa.. yang peliknya ehh.. cam takde apa yang berkepah pon kat dapur ni, clear je.. tetiba dah siap nasi minyak@arabnya.. pelik nih.. pastu, tetiba pula ada dodol.. bila pula mak ni kacau dodol.. lagi la pelik.. tak pernah dibuat buat mak ni rajin camni.. tapi.. bila da semuanya siap sedia dimasak dan dihidangkan, kami pon ape lagi.. balon je la.. hahaahahaaa... rezekikan.. baca bismillah, nganga mulut dan ngap sajor.. takyah nak tanya macam macam bagai.. tapi, tengah tengah makan tu sambil sambil otak ni berpikir... sian mak aku masak sorang sorang.. aku tak tolong pon.. balik balik terus ngap.. itu lah anak kan.. hiihihiii.. ya ampunnn mak... 

tapi.. tengah tengah makan tu mak ada gak cerita, dia masak guna periuk Noxxa ni ha.. tapi, saya buat tak heran je.. sebab apa yea.. sebab nya mak saya ni memang rajin sangat membeli sebab nak tolong orang.. soo, tak heran la dia beli dan pakai periuk tu. tapi dalam hati duk berkata kata.. apa la mak ni, beli periuk ni setakat masak nasi arab ni je.. kalo nak makan nasi arab ni beli da siap lagi senang. tu suma cakap dalam hati je la.. takkan nak cakap depan depan kan.. maut mak dengar kang.. kihkihkihh..

dalam pada hati tengah berkata kata tu.. tetiba mak bawak keluar dodol lak.. dengan muka eksaitednya mak cakap.. dodol ni mak masak sendiri.. muka masing masing dah terkujat.. bila mak aku ni pandai buat dodol pulak nih.. hurmm.. ni ada something wrong somewhere ni.. mesti siasat.. mesti siasat.. takpe.. takpe.. kita biarkan dulu.. kihkihkihh.. lepas siasat punya siasat.. rupa rupanya mak buat dodol guna periuk Noxxa tu jugak.. jakun sekejap aku ni ha.. hahaaaa... dengan adanya periuk Noxxa ni, banyak kelebihannya, macam macam kita boleh buat.. buat ape? buat masak masak la.. masak untuk kenyangkan family kita, untuk beri kebahagiaan kepada family kita, yang paling penting menggunakan masa yang sangat singkat untuk menyediakan masakan sehingga dihidangkan.

soo.. saya pon tereksaited sama.. iyelah mana tak eksaitednya.. mak boleh masak nasi arab ni dalam masa 8 minit je.. dodol tu mak buat dalam masa 20 minit je.. mana ko pon tak terjakuns sama..   

soo.. end of stori.. orang yang tak pandai masak pon boleh pandai masak menggunakan periuk Noxxa ni.. sangat sesuai untuk orang yang sibuk, dan pentingkan kebersihan serta kesihatan ahli keluarga... kenapa ye bersih dan sihat? iye lah kalau makan kat kedai, tak tahu lagi makanan yang dimasak tu bersih dan kandungan makanan tu berkhasiat atau pun tidak kan

ini adalah pengalaman pertama saya diterkejutkan oleh mak dengan kehandalannya menggunakan periuk Noxxa..

saya akan berkongsi kejakunan saya mengenai kehebatan periuk Noxxa ni dalam entry akan datang..

#periukNoxxa




AYUHH... SISIHKAN PENYAKIT "M" ITU

Ya ampunn.. 
lama giler tak bersiaran.. 
sibuk ke?

xde la sibuk sangat pun.. cuma penyakit M tu banyak besar...kihkihkih...

okay2.. sekarang.. mulai hari ni saya akan share benda yang bermanfaat je yea.. 

bermanfaat yang macam mana tu?

ala.. seperti kesihatan.. menu masak memasak.. kebersihan diri/rumah dan macam macam lagi.. pendek kata mengenai rutin harian kita.. kalau bagi orang perempuan.. rutinnya mestilah memasak, kemas pakaian, kemas rumah kan.. kann.. bosan kan.. ehh.. lupa lagi satu rutin.. haaa... yang ni mesti orang pompuan suka.. shopping, jenjalan, g spa ke.. kan..kan..kan..

tak boleh lari dengan semua tu.. lain lah kalau kita dah ada maid kat rumah, mesti banyak kerja rumah maid dah tolong siapkan. tetapi, bab masak memasak sure orang rumah / isteri / ibu  atau apa panggilan sekalipun mesti orang perempuan yang akan lakukan kan. masakan dari hati yang sangat menyayangi ahli keluarganya ditambah dengan zikir, selawat dan doa yang baik baik untuk ahli keluarga semasa memasak itulah yang menjadi penyedap rasa kepada masakannya dan menjurus kepada kebahagiaan ahli keluarga.. ngee.. da macam ceramah lak..

sebelum banyak banyak lagi melalut, better kita out dulu yea.. bye sume..