Wednesday 15 October 2014

niche



Alamak.. ape la ta tido2 lagi nieh..

mata xngantuk lagi.. anak sumer da tido.. soo.. ape lagi? memblog la kita.. ehh.. ada ke perkataan memblog ni.. ahhh.. lantak lah.. kita blasah jea kay..

soo.. dikesempatan ini saya telah mengenalpasti apakah niche bagi blog saya ni.. iye la.. da pegi kelas SEOkan.. time tu belajarla jugak yang kita kalo nak bukak blog kna ada niche..

 apakah itu niche?

sefaham saya la. niche adalah salah satu perbuatan dimana seorang blogger harus mengenalpasti apakah yang akan dikandungkan didalam blognya.. sebagai contoh fesyen, masakan dan kerjaya.. seelok2nya, setiap blog maksimum niche yang ada adalah 3 agar pembaca fokus terhadap penulisan kita.. 

untuk pembacaan lanjut saya try searchkan kat en. google yea.. haa.. da jumpa.. kredit to http://www.zulpress.com

Sekiranya anda baru bermula dalam blogging, dan ingin membina blog, perkara utama yang perlu anda fikirkan adalah topik blog anda sama ada blog umum atau blog mengikut niche topik yang tertentu.
Tip blogging daripada saya, saya cadangkan anda memilih untuk membuat blog mengikut niche atau topik yang tertentu dan tidak terlalu umum.
Ini kerana, blog mengikut niche lebih mudah dikemaskini berbanding blog yang umum di mana anda pada suatu masa nanti akan buntu, perkara apakah yang ingin anda tulis sekiranya blog anda umum.
Sebaliknya, jika blog anda berfokus, ia lebih mudah untuk anda menulis artikel yang hanya berkaitan dengan topik blog anda sahaja.
Anda boleh pilih topik berkaitan makanan, motivasi, perniagaan, tip islami, hiburan, berita, resipi, tip dan panduan dan sebagainya.
Anda juga boleh gabungkan beberapa topik berkaitan dalam sesuatu blog.
Contohnya, blog Zulpress ini fokus kepada tip blogging, motivasi, perniagaan internet dan tip kewangan.
Contoh blog lain yang bertopik ialah blog MajalahNiaga.com yang fokus kepada usahawan dan perniagaan, islamituindah.my berkaitan artikel islamik, amanz.net berkaitan informasi teknologi terkini dan sebagainya.

5 Kelebihan Blog Mengikut Niche


1.   Pelawat tahu tema dan topik blog anda
Pelawat yang pertama kali ke blog anda dapat meneka tajuk blog anda dan topik yang anda bincangkan.
Sekiranya mereka berminat dengan topik blog anda dan hasil tulisan anda, barulah mereka akan bookmark atau melanggan RSS blog anda dan mengikuti kemaskini blog anda.
2.   Lebih mudah membina pengikut setia blog
Blog yang bertopik membantu anda menapis pelawat blog yang mempunyai minat yang sama dengan anda sahaja.
Jika blog anda berkaitan berita it dan gadjet, maka mereka yang mempunyai minat berkaitan it dan gadjet akan selalu membaca blog anda dan menjadi pengikut setia blog anda.
3.   Dapat membina kepakaran
Anda juga akan dianggap pakar dalam topik blog anda.
Ini kerana apabila anda selalu mengemaskini blog dalam topik pilihan anda, pelawat akan mula bertanya kepada anda jika mereka menghadapi sebarang masalah atau perlukan bantuan.
Ini kerana mereka menganggap anda lebih tahu daripada mereka.
4.   Dapat menawarkan servis dan menjual produk
Anda dapat tawarkan servis perkhidmatan dan menjual produk berkaitan topik blog anda.
Contohnya, jika blog anda berkaitan kucing, maka anda boleh tawarkan khidmat nasihat berkaitan penjagaan kucing, servis penjagaan kucing, menjual produk berkaitan kucing, ebook berkaitan tip penjagaaan kucing dan produk lain berkaitan topik blog anda.
Anda juga boleh rekomenkan produk lain dengan menjadi rakan affiliate bagi sesuatu produk yang berkaitan dengan topik blog anda nanti.
5.   Membina jenama
Apabila blog anda telah dikenali dan mendapat ramai pelawat, jenama blog anda akan dikenali ramai dalam topik blog anda.
soo.. saya telah menetapkan niche saya dalam blog ni.. nak tau ape niche saya?  hurmm... saya akan bercerita mengenai 



kecantikan


makanan 

motivasi.. 

agak2 ramai yang berminat dengan niche saya x? saya akan sehabis mungkin share pengalaman serta pengetahuan mengenai niche yang telah saya tetapkan.. eheheee.. bajet best kan..

ehh.. xpe la.. sifu saya kata...cam ni..



boleh ke boleh???


















saya mendoakan agar ramai yang gemar dengan niche yang telah saya pilih...

yeay...

#pengedarsah FeelVogue
#SMOOCHEESE


Tuesday 14 October 2014

Kami Di MMM

US..



Richworks Backdrop..



Finally.. With mr Jerry...


cheese cake version baru??

haa... 

mesti ada yang tertanya tanya ape produk yang saya nak share ni kan...

ada yang kata cheesecake

ada yang kata cheesekut..

tak kirala ape org nak panggil, saya telah menamakannya sebagai SMOOCHEESE..

tapi nak minta pendapatla..

saya ada 2 pilihan..

elok letak nama SMOOCHEESE @ SCOOCHEESE...?

saya da confius ni... 

Tolong2... 

Pendapat anda amat saya hargai..

ehh... lupa lak nak tepek gambar produk saya..


tada...






Teknik Pemasaran Yang Perlu Diketahui Oleh Setiap Peniaga

assalamualaikum...

Untuk meningkatkan pendapatan sesuatu perniagaan, perlulah mendapatkan ilmu perniagaan. Bak kata sifu saya, kita mesti mempunyai sikap MESTI..

apa itu MESTI?

M : Mentor
E : Elmu
S : Strategi
T : Tindakan 
I : Impian




So.. sebagai salah satu tindakan saya untuk meningkatkan perniagaan, saya telah draf namecard, flyers dan sticker untuk dilekatkan di atas produk saya..

meh sini nak share sikit... cantik x?

Sticker untuk ditampal atas produk



namecard saya



sila komen... komen yang membina amat2 membantu saya didalam meningkatkan prestasi perniagaan..

saya ingat nak buat GA la..

sape setuju?

#SMOOCHEESE



Monday 6 October 2014

impian seluas langit yang mencerah

alhamdulillah...

hasil daripada menghadiri kursus DAO saya telah berjaya memulakan langkah yang pertama untuk memulakan perniagaan. impian selama ini untuk mempunyai perniagaan berasaskan desert hampir berjaya..

Doakan saya untuk berjaya bagi membantu lebih ramai lagi yang diluar sana untuk menikmati desert berasaskan cheese.. 

Owhh.. lupa nak inform.. salah satu topik yang saya pelajari semasa menghadiri MMM adalah...

Kepakaran saya adalah membantu setiap penggemar cheese untuk menimati kek mini smoocheese yang mampu memberikan kenikmatan serta kepuasan yang tidak terhingga dan bakal merubah hari anda agar menjadi lebih ceria kerana kegagalan anda mendapatkannya bakal membuatkan anda termimpi-mimpi sepanjang malam.

sebenarnya ada lagi.. tapi nak kena p semak buku jap.

nanti saya sambung lagi yea..


Daa..