salam semua...
agak lama menyepi tanpa berita.. bukan menyepi tanpa berbuat apa apa
taw. kalo ikut istilah, diam2 ubi berisi la.. ngeee.. berisi? haaa.. jangan
salah anggap yea.. berisi tu bukan berisi di perut.. tetapi ada projek
terbaru..
ni saya perkenalkan chocolate lasagna.. walla wehhh.. sedap giler..
perghhh.. rugi saper x mencuba merasai kenikmatannya..
ni saya bagi intro nya dulu yea..
lapisan dasarnya adalah biskut oreo yang telah dihancurkan dilapiskan
pula dengan adunan premium cream cheese dan dilapiskan lagi dengan chocolate
coconut puding dan dilapis lagi dengan adunan premium cream cheese seterusnya
ditaburkan dengan serbuk koko dan coklat chip yang diimport..
snap sikit gambar.. wahhh... ssedapnya...
terliur x? kalau
rajin boleh jea buat sendiri kan…kalau malas... hurmmm.. meh order kat saya.. ngee.. saya suka.. saya suka... ( tiru intonasi mei mei dlm cite upin ipin)
meh sini saya share resepi yang untuk buat chocolate lasagna
ni..
Bahan-Bahan A
·
36 ketul oreo dikisar
·
6 sudu besar butter dicairkan
Cara-cara
Campurkan kesemua
bahan dan gaul rata. Ketepikan.
Bahan-Bahan B
·
250 gm cream cheese
·
1 cawan Non-dairy whipping cream
·
100 gm gula kastor
·
2 sudu besar susu segar
** ps : Anda boleh gandakan sukatan sekiranya ingin krimnya tebal.
Cara-Cara
1.
Pukul cream cheese sehingga lembut.
2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sehingga ianya lembut dan
gebu.
3.
Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.
4.
Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga
kental.
5. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik
sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag.
Bahan-Bahan C ( CHOCOLATE COCONUT PUDDING )
·
1/4 cawan tepung jagung
·
1/2 cawan gula kastor
·
1/8 tsp garam
·
1 1/2 cawan susu segar + 1 1/2 cawan santan pekat
·
185 gm dark chocolate
·
1 tsp esen vanilla
·
1 tbsp serbuk koko
Cara-Cara
1. Campurkan tepung jagung bersama gula, coklat cincang dan garam ke dalam
bekas. Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan. Masak di atas double
boiler dengan api sederhana. Sentiasa menggaul adunan sehingga ianya sebati dan
pekat macam coklat nutella. Saya guna hand whisk untuk mengacau.
2.
Kemudian alihkan dari api dan masukkan esen vanilla. Kacau rata.
3.
Sejukkan dan ketepikan.
** ps :
Saya akan buat chocolate
coconut pudding dahulu baru buat yang lain kerana mengambil masa untuk sejukkan
coklat tu nanti.
Tapis puding dengan
menggunakan penapis sekiranya puding yang terhasil itu berketul-ketul.
Cara Melapis
1. Masukkan sedikit biskut oreo kisar ( bahan A ) ke dalam bekas yang
digunakan.
2.
Kemudian picitkan adunan bahan-bahan B di atasnya.
3.
Lapis di atasnya dengan chocolate coconut pudding dan ratakan.
5.
Taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit
parutan coklat.
6.
Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.
Da siap.. senang je kan… haa, apa tunggu lagi. Pergi tengok kat dapur tu
cukup bahan ke tak. Boleh buat untuk family..:)
Kalau ada lebih, boleh bagi kita sikit ek.. nak rasa jugak… ngeee...
kalau malas, meh order kat saya...
kalau malas, meh order kat saya...
No comments:
Post a Comment