Friday 12 December 2014

Cara penyimpanan Creaam Cheese

ehh.. selalu buat smoocheese. mesti guna Cream Cheese kan.. alang-alang da beli creamcheese mesti ambil tahu cara penyimpanan nya kan.. kalau x, rugi beli pastu Cream Cheese nya da x elok nanti... soo.. kat sini saya nak share cara penyimpanan Cream Cheese agar kualitinya terjamin.
Cream Cheese yang sudah dibuka, biasanya tidak tahan lebih dari 2 minggu. Sekiranya suhu simpanan tidak stabil, pertumbuhan kulat akan lebih cepat membiak.
Ketika menyimpan Cream Cheese dalam peti sejuk, pastikan untuk menyimpannya di dalam chiller, jangan di kawasan yang berhampiran lampu atau di pintu kerana suhu sejuk akan mudah berubah ketika peti sejuk dibuka-tutup. Cream cheese harus disimpan di suhu 2-4 C.
Agar cream cheese tidak terlalu cepat berkulat atau basi, setiap memotong Cream Cheese, pastikan menggunakan pisau yang bersih dan kering. Sebelum pisau tersebut dicelup dalam air mendidih, lap dengan kain bersih yang kering dan potong Cream Cheese sesuai ukuran. Sisa Cream Cheese bungkus rapat dengan plastiknya, atau kalau pakai plastik cling baru, pastikan plastiknya bersih. Mudah-mudahan Cream Cheese  akan lebih tahan lama disimpan di dalam peti sejuk.

Bagaimana untuk mengetahui Cream Cheese masih elok???
  • Tidak terlihat bintik-bintik berwarna berwarna hijau, hitam atau abu-abu, yang menandakan telah tumbuh spora kulat.
  • Bahagian permukaan dan bahagian dalamnya masih berwarna memiliki tekstur yang sama.
  • Cream Cheese masih berbau normal, tidak tengik atau pun berbau terlalu masam.

Ada juga yang menyimpan cream cheese di dalam freezer. Cream Cheese di sukat mengikut sukatan yang dikehendaki misalnya 250g supaya mudah untuk menggunakannya dan tidak perlu untuk mencairkan sebongkah Cream Cheese..

Just my 2 sen

1 comment:

Pija said...

Kalau letak dlam freezer, mcm mane yee. Mak sy terletak chesse tatura ni dalam peti ais atas