cara IK
Ada tak cara untuk berjaya dengan mudah? Sememangnya tidak ada. Namun, walaupun tiada cara untuk mencapai kejayaan dengan mudah, pastinya ada cara-cara untuk PERmudahkan kejayaan kita.
Cara-cara ini adalah cara terbukti berkesan yang dilakukan oleh ramai insan-insan yang berjaya.
Pertama: Perhati dan ikut cara orang berjaya
Dalam kejayaan, bak kata mat Salleh, kita tidak perlu “re-invent the wheel”. Kata Melayu pula, kita tak perlu ciptakan sekali lagi roda. Roda telah dicipta. Maka, tak guna nak ciptakan sekali lagi bukan? Tetapi maksud sebenar “wheel” atau “roda” di sini bermaksud kitaran atau cara-cara yang dilakukan oleh seseorang itu.
Pelajari dan teliti usaha, teknik, srategi, semangat, sikap, cara, kaedah, dan apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang berjaya selagi ianya tidak melanggar batas-batas agama.
Ianya dikatakan menurut penyelidikan Dr Thomas Stanley, orang yang sangat-sangat berjaya dalam bidang mereka bekerja dan berusaha 70-80 jam seminggu. Sekiranya dilihat di sini sahaja, jumlah ini adalah jauh lebih dari bekerja 9 pagi hingga 5 petang. Adakah kita berusaha sedemikian?
Kedua: Bergaul dengan orang-orang berjaya
Kelilingi diri anda dengan mereka yang bermotivasi tinggi, bersemangat, berjaya, berfikiran positif, mempunyai matlamat dan visi, dan seumpamanya. Sekali lagi, bak kata mat Salleh, “If you want to soar like an eagle, you must not flock with the turkeys”. Banyak pula kata mat Salleh kali ini ;) Maksudnya adalah, “Kalau hendak terbang setinggi helang yang gah, jangan pula sentiasa bersama ayam belanda di tanah”.
Kenali bulatan kenalan baru.
Berjumpa dan berkenalan dengan orang-orang yang disebutkan diatas. Ianya seumpama pergi ke gym. Kalau di rumah, melakukan senaman seorang diri mungkin kurang semangat dan tenaga. Tetpi, apabila pergi ke gym, melihat ramai sedang bersenam, berpeluh tanpa henti, ia seakan memberi semangat kepada diri kita sendiri pula untuk turut sama bersenam, berpeluh tanpa henti!
Kenali dan dampingan bulatan kenalan yang dapat memberi semangat kepada anda untuk berjaya, dan bukannya menjatuhkan semangat anda.
Ketiga: Jadikan usaha sebagai tabiat
Konsisten dalam usaha anda. Tidak semestinya anda berusaha sekeras mungkin untuk sesuatu masa yang tertentu. Apa yang penting adalah konsisten dalam usaha yang dilakukan. Apabila konsisten, ia akan menjadi tabiat dalam diri kita sendiri.
Seperti perlumbaan kura-kura dan si arnab, arnab yang sebegitu laju tetap kalah oleh kerana berhenti ditengah jalan untuk tidur. Si kura-kura menang kerana konsisten selalu sehingga ke akhirnya.
Melakukan usaha dengan pantas, dan bersemangat sememangnya penting. Tetapi, ianya tidak akan menjadi sekiranya tidak konsisten. Kalau nak berusaha dengan pantas, keras, & bersemangat, boleh, tetapi biarlah konsisten dan dilakukan setiap hari.
Sediakan jadual mingguan untuk diri anda sendiri dan senaraikan matlamat yang anda ingin capai setiap hari dalam seminggu. Jadual mingguan ini akan menjadikan and alebih teratur dan konsisten dalam usaha anda. Jadikan tabiat untuk sentiasa merancang minggu anda dengan usaha-usaha yang anda perlu lakukan, dan lakukannya!
Sememangnya, untuk berjaya tiada cara yang mudah. Kalau ada yang kata boleh berjaya dengan mudah, tipu la tu. Namun, pastinya ada cara-cara untuk PERMUDAHKAN kejayaan anda.
No comments:
Post a Comment