Friday 12 December 2014

Cara penyimpanan Creaam Cheese

ehh.. selalu buat smoocheese. mesti guna Cream Cheese kan.. alang-alang da beli creamcheese mesti ambil tahu cara penyimpanan nya kan.. kalau x, rugi beli pastu Cream Cheese nya da x elok nanti... soo.. kat sini saya nak share cara penyimpanan Cream Cheese agar kualitinya terjamin.
Cream Cheese yang sudah dibuka, biasanya tidak tahan lebih dari 2 minggu. Sekiranya suhu simpanan tidak stabil, pertumbuhan kulat akan lebih cepat membiak.
Ketika menyimpan Cream Cheese dalam peti sejuk, pastikan untuk menyimpannya di dalam chiller, jangan di kawasan yang berhampiran lampu atau di pintu kerana suhu sejuk akan mudah berubah ketika peti sejuk dibuka-tutup. Cream cheese harus disimpan di suhu 2-4 C.
Agar cream cheese tidak terlalu cepat berkulat atau basi, setiap memotong Cream Cheese, pastikan menggunakan pisau yang bersih dan kering. Sebelum pisau tersebut dicelup dalam air mendidih, lap dengan kain bersih yang kering dan potong Cream Cheese sesuai ukuran. Sisa Cream Cheese bungkus rapat dengan plastiknya, atau kalau pakai plastik cling baru, pastikan plastiknya bersih. Mudah-mudahan Cream Cheese  akan lebih tahan lama disimpan di dalam peti sejuk.

Bagaimana untuk mengetahui Cream Cheese masih elok???
  • Tidak terlihat bintik-bintik berwarna berwarna hijau, hitam atau abu-abu, yang menandakan telah tumbuh spora kulat.
  • Bahagian permukaan dan bahagian dalamnya masih berwarna memiliki tekstur yang sama.
  • Cream Cheese masih berbau normal, tidak tengik atau pun berbau terlalu masam.

Ada juga yang menyimpan cream cheese di dalam freezer. Cream Cheese di sukat mengikut sukatan yang dikehendaki misalnya 250g supaya mudah untuk menggunakannya dan tidak perlu untuk mencairkan sebongkah Cream Cheese..

Just my 2 sen

transformasi



Salam semua..

Okeh.. Sekarang dah pun bertarikh 12 Disember 2014. soo tinggal beberapa hari lagi untuk menjengah ke tahun 2015.. soo.. kita wat post moterm sikit. ape yang terjadi pada tahun ini. samada membawa kebaikan atau kerugian kepada kita. 

Januari hingga Mei

tiada perubahan yang besar dalam hidup. hanya melakukan bisnes kecil kecilan MLM... income pon cam segan2 je nak masyuk

Jun hingga September


Menghadiri kursus IMKK Jun 2014. sangat2 termotivasi. 
Melakukan Bisnes kecil-kecilan serunding.
MLM secara sambilan
ada improvement income. walaupun tak banyak tetapi haruslah bersyukur.


Oktober hingga Disember



Menghadiri kursus MMM Oktober 2014
Transformation menghasilkan produk sendiri.
income bertambah baik.
belajar menyedari setiap yang berlaku ada hikmah. 
semakin mengenal diri mendekatkan diri kepada yang maha berkuasa.
melaksanakan perancangan untuk tahun 2015.. insyaallah. semoga diberkat

Jom kawan-kawan... 2015 bakal menjengah.. jangan lupa untuk submit yang baik baik untuk tahun 2015 ni.. ambil peluang.. fast action fast result...





Wednesday 10 December 2014

biawak??


salam sayang semua..

Sekarang ni saya didalam mood untuk meningkatkan tahap motivasi diri.. bukan tidak termotivasi selama ni, cuma.. biasa la.. biawak2 ni byk sangat di sekeliling kehidupan saya ni.. 

ehhh... citer pasal biawak ni kan.. betul2  biawak ni masuk umah mak saya baru2 ni. x sempat nak snap pic. ngee.. time tu xde kat umah.. anak2 je yg ada... punya eksaited citer dia nampak buaya nak masuk umah... padahal bukan nyer buaya nak oi... biawak lar... dalam byk2 ayat yang dia stori tu.. saya hanya paham buaya jer... pastu tanya kat bibik.. bibik pon citer la... bukan buaya yg masuk umah.. tapi biawak.. biawak la nak oiii... ape pun.. seronok dengar stori diorang walau satu ape pon x paham. cuma yg paham hanya word buaya jer... kikikiiii




nampak ke nampak??

punyak banyak biawak kat sekeliling hidup ni.. sampai biawak hidupp nak masuk umah... soo.. disitu saya memerlukan motivasi yang tinggi untuk mengelakkan daripada termotibasi... heee... 

dalam byk2 lagu kerohanian saya suka lagu matahari dp snada... lagu tu mengaitkan kehidupan dengan alam ciptaan Allah... betapa kerdilnya kita dibanding dengan kekuasaan ciptaan Allah.. lagu ni 1st time saya dgr time kursus ESQ.. sangat menginsafkan.. bermula daripada kursus tu, saya nampak graf hidup berubah.. tapi bukan berubah secara drastik.. cuma saya nampak la perubahannya.. untuk menjadi insan yang lebih baik.. Insyaallah...

meh sini.. saya nak share beberapa ayat motivasi untuk semua…

  1. Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. (Larry Bielat)
  2. Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)
  3. Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
  4. Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. (Lewis Timberlane)
  5. Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)
  6. Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. (Dr. Shukri Abdullah)
  7. Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)
  8. Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)
  9. Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)
  10. Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)
  11. RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)
  12. Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty – Billionaire)
  13. Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)
  14. Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. (Dr. Shukri Abdullah)
  15. Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-Khattab)
  16. Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. (Arthur Schopenauer)
  17. Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf)
  18. Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. (Dr. Shukri Abdullah)
  19. Meminta maaf jangan membuat diri kita menjadi hina. Memberi maaf jangan membuat kita merasa bangga. Tapi saling memaafkan itulah yang mulia (Silvana)
  20. Jika lidah selalu basah dengan dzikrullah, jika pikiran selalu tertuju pada keinginan untuk mendapat Redha Allah, maka bersiaplah untuk manisnya iman dan nikmatnya ibadah (Rudi)
  21. Sebaik-baik manusia adalah orang yang jika dilihat maka dapat mengingatkan kepada Allah (Zahwa)
  22. sebaik-baik manusia adalah yang sedikit bicara banyak berbuat kebaikan. Seburuk-buruk manusia adalah yang banyak bicara namun sedikit berbuat kebaikan (Azis)
  23. Kita harus menyedari bahwa yang lebih berhak atas diri kita hanyalah Allah swt. Sang Khalik. Jadi tidak ada alasan bagi kita untuk tidak bersyukur dengan apa yang diberikannya, apapun itu (Asih)
  24. Bahaya kepandaian adalah berbuat sekehendak hati. Bahaya keberanian adalah melampaui batas. Bahaya toleransi adalah menyebut-nyebut kebaikannya. Bahaya kecantikan adalah sombong. Bahaya ucapan adalah dusta. Bahaya ilmu adalah lupa. Bahaya pemurah adalah berlebih-lebihan (Tengku Abdul Wahab)
  25. Teman yang benar bukanlah teman yang selalu membenarkan perkataanmu, akan tetapi teman yang benar adalah teman yang selalu berkata benar kepadamu (Salman)
  26. Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertumpang tindih menghimpit Anda, ucapkanlah “Laa Ilaah Illallaah” (Maidi)
  27. Hasan Al-Basri berkata : “Aku tahu rezekiku tidak dimakan orang lain, keranaNya hatiku tenang. Aku tahu amalan-amalanku tidak mungkin dilakukan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengan beramal. Aku tahu Allah selalu melihatku,keranaNya aku malu bila Allah mendapatiku melakukan maksiat. Aku tahu kematian menantiku, maka aku persiapkan bekal untuk berjumpa dengan Robb-Ku”
  28. Empat hal yang dipandang sebagai ibu : Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan. Ibu dari segala adab adalah sedikit bicara. Ibu dari segala ibadah adalah takut dosa. Ibu dari segala cita-cita adalah sabar.(Key)
  29. Kelalaian itu merupakan keburukan dan dzikrullah merupakan kemenangan. Tidak ada kebaikan dalam hidup tanpa persaudaraan kerana Allah. Kadang seseorang bisa lupa kerana harta yang dia lihat atau emas yang dia beli tetapi ia tidak akan melupakan seseorang yang dia cintai kerana Allah (Jun)
  30. Semakin bertambah keilmuan dan kekayaan seseorang, akan makin besar pula amanah yang dibeban olehnya. Tirulah padi, semakin berisi semakin menunduk (Abdullah Ibn Adam)
  31. Kebenaran tidak diukur dengan banyaknya orang yang mau melakukannya, namun kebenaran adalah apa saja yang mendasari Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan pemahaman salafus salih (Anisya LM)
  32. Perbanyaklah menanam kebaikan meskipun orang yang menerima kebaikan itu tidak membalas seperti yang kita tanam, pasti akan ditanam hasilnya, entah sekarang atau esok, atau mungkin jadi ladang amal di akhirat kelak (Gilang)
  33. Manusia yang paling lemah adalah orang yang tidak mampu mencari teman. Namun yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mendapatkan banyak teman tetapi menyia-nyiakannya. (Ali bin Abi Thalib)
  34. Kita berdoa jika kesusahan dan memerlukan sesuatu, mestinya kita juga berdoa dalam kegembiraan besar dan rezeki melimpah (Khalil Gibran)
  35. Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, hidup di tepi jalan dan dilempari dengan batu, tapi membalas dengan buah (Abu Bakar Sibli)
  36. Apabila kamu tidak bisa berbuat kebaikan kepada orang lain dengan kekayaanmu, maka berilah mereka kebaikan dengan wajahmu yang berseri-seri, disertai akhlak yang baik (Nabi Muhammad Saw.)
  37. Kerana manusia cinta akan dirinya, tersembunyilah baginya aib dirinya. Tidak kelihatan olehnya walaupun nyata.  Kecil di pandangnya walau bagaimana pun besarnya (Jalinus At Thabib)

 semoga kita semua beroleh kejayaan dunia akhirat..
amin..

Tuesday 18 November 2014

PERCAYA

Ini adalah salah satu lagu feveret yang kalau time saya tengah2 down saya akan dengar. suka ulang ulang sampai semangat saya naik balik..

agak sukar sebenarnya untuk mengumpul semangat.. saya perlukan satu medium yang boleh membantu saya.. bagi saya, saya memang suka menyanyi. walaupun suara kategori karaoke kat jamban je.. ade aku kesah??? cara saya, saya akan mendengar kebanyakkan lagu yang akan meningkatkan semangat saya semula.. saya suka lirik lirik indah yang mengaitkan dengan hidup saya.. tetapi.. saya tak akan lama sangat main biola tu.. buang masa dek... hahahaaaa... sikit2 cukup...

soo.. ini adalah salah satu lirik lagu yang saya suka dan saya akan visualize yang saya dah capai apa yang saya nak... jerit perih usaha saya untuk mencapai hasil yang saya inginkan akan terbalas dengan usaha yang berterusan tanpa jemu..

jom

When you believe...

Many nights we’ve prayed
With no proof anyone could hear
In our hearts a hopeful song
We barely understood
Now we are not afraid
Although we know there’s much to fear
We were moving mountains
Long before we knew we could


[Chorus:]
There can be miracles
When you believe
Though hope is frail
It’s hard to kill
Who knows what miracles
You can achieve
When you believe
Somehow you will
You will when you believe

In this time of fear
When prayer so often proves in vain
Hope seemed like the summer birds
Too swiftly flown away
Yet now I’m standing here
My heart’s so full, I can’t explain
Seeking faith and speaking words
I never thought I’d say


[Chorus]

They don’t always happen when you ask
And it’s easy to give in
to your fears
But when you’re blinded by your pain
Can’t see your way clear through the rain
A small, but still, resilient voice
Says help is very near


[Chorus]

apa yang saya belajar daripada kecil hingga la sekarang da tua ni... satu je yang dapat saya simpulkan iaitu... kita kena percaya yang kita mampu lakukan walaupun kita rasa kita tak mampu lakukan.. 

amacam?

boleh ke boleh??

tetapi kenalah ada usaha ke arah itu.. jangan la dok percaya mampu lakukan tanpa sebarang usaha.. memang tak kemana la jawabnya...


Thursday 13 November 2014

Cant Take That Away...

Saya suka lagu ni..

anda bagaimana??

sangat menginspirasikan.. eh.. boleh ke boleh ayat camtu?

kira boleh la yer.. kita yang buat dia.. bukan dia buat kita.. ye dak?

soo... zooomm to the lyrics and enjoy the song..

stay tune...

"Can't Take That Away"


Mmmmh

Whoaaa



They can say, 
Anything they want to say,
Try to bring me down,
But I will not allow anyone to succeed hanging clouds over me,
And they can try 
How to make me feel that I, 
Don't matter at all,
But I refuse to falter in what I believe or loose faith in my dreams

'Cause there's, 
There's a light in me,
That shines brightly,
They can try, 
But they can't take that away from me
From me

No no nooo

Oh they, 
They can do
Anything they want to you, 
If you let them in,
But they won't ever win,
If you cling to you pride, and just push them aside,
See I, 
I have learned,
There's an inner peace I own,
Something in my soul that they can not possess
So I won't be afraid and the darkness will fade

'Cause there's, 
There's light in me me, 
That shines brightly, yes
They can try,
But they can't take that away from me

No oh oh,
They can't take this 
Precious love I'll always have inside me,
Certainly the Lord will guide me where I need to go

Woah, woah
They can say 
Anything they want to say,
Try to bring me down, 
But I won't face the ground,
I will rise steadily sailing out of their reach,
Although they do try,
How to make me feel that I,
Don't matter at all,
But I refuse to fall,
Tell me what I believe or loose faith in my dreams,
'Cause there's a light in me,
That shines brightly yes

They can try but they can't take that away from 
Me
From me
No no nooo
Me

and finally..

i hope you guys enjoy the song ya..

zasss..

alamak... xleh upload plak kat opis ni...

jap g smpai umah kita upload kay..

daaaa...


PROMO.. PROMO... PROMO...

salam berbahagia kepada semua pembaca di alam maya ni..

Pengumuman!!!


hari ni saya berbesar hati untuk membuat promosi terhadap produk keluaran Vigorous Quraisya iaitu SMOOCHEESE@Cheesekut dan juga Choc Lasagna..

SMOOCHEESE @ Cheesekut


Choc Lasagna



bagaimana cara untuk menyertainya?


Caranya mudah sahaja yea..

pertama skali anda hendaklah membeli minimum 5 produk keluaran Vigorous Quraisya dalam tempoh sehingga 30 November 2014.

anda dikehendaki untuk menyimpan sebanyak 5 penutup tersebut dan menyerahkannya kepada saya untuk proses penebusan selewat-lewatnya pada 30 November 2014.

Beli 5 Free 1



Setiap 5 penutup layak untuk mendapat sebekas produk Vigorous Quraisya tertakluk kepada produk yang ada ketika itu.

mudahkan..

jom la.. ape lagi tunggu.. cecepat dapatkan produk Vigorous Quraisya...

PM Saya..

#CODareaShahAlamKlang
#0192273764





Sunday 9 November 2014

YEAY.... produk vigorousquraisya telah berada dipasaran

assalamualaikum semua...

mesti ramai penggemar dessert yang baca blog i ni kan... ehehehhh... statement cam perasan je kan.. ada aku kisah??.. ngeee... takpe2.. memula memang tak ramai yang baca dan tahu kewujudan blog ni.. tapi percaya la.. lama kelamaan ramai yang akan follow... cam sikit sikit lama lama jadi bukit..

ni nak citer sikit.. produk smoocheese@cheesekut dan choc lasagna yang super duper sedap mavellous tu produk muslim tu telah berada di pasaran.. kepada penggemar cheese disekitar rantau panjang klang serta kawasan yang berhampiran, anda boleh mendapatkan produk2 tersebut di noormie cookies...


ini adalah diantara produk yang saya bekalkan..


smoocheese @ cheesekut



choc lasagna

jemput la beli kalo ada ternampak produk yang bersticker cm ni eh..


ehh.. ada disertakan sudu skali tak?.. mestilah ada dek nonn... abes tu cmne nak makan kan.. kesian kat pembeli i kalo beli tapi tak dapat ngap terus kan.. i is very concern yer..

sekiranya anda disekitar shah alam boleh mendapatkannya daripada saya secara terus yea.. boleh hubungi saya di 0192273764.

smoocheese@cheeskut dan choc lasagna amat sesuai untuk dijadikan doorgift untuk sebarang majlis keramaian. harga boleh dirunding untuk pembelian secara pukal.

Saturday 8 November 2014

ARRGGHH.. SAYA PERLUKAN FOUNDATION YANG SESUAI!!!

alhamdulillah..

selama hidup dimuka bumi ni dah 32 tahun, baru tahun ni berani nak memakai bedak2, foundation bagai kat muka.. istilah tidak yakin dalam hidup telah mematahkan semangat untuk bermake-up. Apatah lagi sekiranya saya make-up husband selalu berkata macam opera cina..

hahaaa.. gila stress dengar statement kat atas kann..

Fakta bukan Auta

tetapi itu adalah fakta dan kisah benar.. bukan auta tau... iye lah... kulit muka zaman muda remaja dipenuhi oleh batu bata, dah meningkat sikit umur adalah tinggalan bekas2 batu bata yang pernah bertepek kat muka ni..  hahaaa.. kalau x percaya, meh tepek sikit gambar2 lama yang suci murni tanpa sebarang bedak di atas muka..

tadaaa... haaa.. gila teruk kan... kan ahkak da kaba, kulit muka akak ni memang dikategorikan tinggalan zaman purba zaman dahulukala... kikiiii...

saya telah tergoda

tetapi, melalui FB saya telah tergoda dengan satu produk ni. nak try, xberani takut kulit muka makin parah.. pernah juga try produk lain yang boleh dikategorikan lebih mahal. Tapi xmujarab pon.. selama 3 bulan juga saya mengintip testimoni pengguna. dalam hati berkata, alangkah bagusnya sekiranya mempunyai kulit wajah seperti mereka.. lama kelamaan saya da tak boleh sabar. nekad untuk membeli produk tersebut dan menggunakannya.

teruja dengan perubahan dalam masa 1 minit..

akhirnya penantian untuk merasai sendiri kehebatan produk tersebut telah terjawab. saya amat berpuas hati dan teruja dengan kehebatan produk tersebut. Kulit yang dulu kusam tidak bermaya semakin berseri.. seronok2.. ramai yang tegur dengan perubahan yang ketara diwajah saya.. yang paling best husband pon puji.. setiap hari lak tu.. senyum hingga ke telinga setiap hari.. mood pon akan bertambah ok..

Kenapa saya memilih produk ni?

Ianya mudah untuk bersolat, kandungan yang diyakini halal, berdaftar dengan KKM dan yang paling best terdapat percikan air zam zam. Ehh… ada lagi la.. dilengkapi dengan SPF30 dan Vitamin E. ini bermakna xperlu nak pakai sunblock, moisturizer dan bedak. Semua dalam satu.. sekali pakai je.. mudah kan.. nak tahu apakah nama produk tersebut?? Kita kasi chance kat anda semua teka dulu yea di ruangan komen..



resepi coklat lasagna

salam semua...

agak lama menyepi tanpa berita.. bukan menyepi tanpa berbuat apa apa taw. kalo ikut istilah, diam2 ubi berisi la.. ngeee.. berisi? haaa.. jangan salah anggap yea.. berisi tu bukan berisi di perut.. tetapi ada projek terbaru..

ni saya perkenalkan chocolate lasagna.. walla wehhh.. sedap giler.. perghhh.. rugi saper x mencuba merasai kenikmatannya..




ni saya bagi intro nya dulu yea..

lapisan dasarnya adalah biskut oreo yang telah dihancurkan dilapiskan pula dengan adunan premium cream cheese dan dilapiskan lagi dengan chocolate coconut puding dan dilapis lagi dengan adunan premium cream cheese seterusnya ditaburkan dengan serbuk koko dan coklat chip yang diimport..

snap sikit gambar..  wahhh... ssedapnya...



terliur x?  kalau rajin boleh jea buat sendiri kan…kalau malas... hurmmm.. meh order kat saya.. ngee.. saya suka.. saya suka... ( tiru intonasi mei mei dlm cite upin ipin)
meh sini saya share resepi yang untuk buat chocolate lasagna ni..

Bahan-Bahan A
·                     36 ketul oreo dikisar
·                     6 sudu besar butter dicairkan

Cara-cara
Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Ketepikan.

Bahan-Bahan B
·                     250 gm cream cheese
·                     1 cawan Non-dairy whipping cream
·                     100 gm gula kastor
·                     2 sudu besar susu segar 

** ps : Anda boleh gandakan sukatan sekiranya ingin krimnya tebal.


Cara-Cara
1.            Pukul cream cheese sehingga lembut.
2.    Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sehingga ianya lembut dan gebu.
3.            Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.
4.            Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental. 
5.     Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag. 


Bahan-Bahan C ( CHOCOLATE COCONUT PUDDING )
·                     1/4 cawan tepung jagung
·                     1/2 cawan gula kastor
·                     1/8 tsp garam
·                     1 1/2 cawan susu segar  +  1 1/2 cawan santan pekat
·                     185 gm dark chocolate
·                     1 tsp esen vanilla 
·                     1 tbsp serbuk koko

Cara-Cara
1.      Campurkan tepung jagung bersama gula, coklat cincang dan garam ke dalam bekas. Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan. Masak di atas double boiler dengan api sederhana. Sentiasa menggaul adunan sehingga ianya sebati dan pekat macam coklat nutella. Saya guna hand whisk untuk mengacau. 
2.            Kemudian alihkan dari api dan masukkan esen vanilla. Kacau rata.
3.            Sejukkan dan ketepikan.

** ps :
Saya akan buat chocolate coconut pudding dahulu baru buat yang lain kerana mengambil masa untuk sejukkan coklat tu nanti.
Tapis puding dengan menggunakan penapis sekiranya puding yang terhasil itu berketul-ketul.

Cara Melapis 
1.           Masukkan sedikit biskut oreo kisar ( bahan A ) ke dalam bekas yang digunakan.

2.            Kemudian picitkan adunan bahan-bahan B di atasnya. 

3.            Lapis di atasnya dengan chocolate coconut  pudding dan ratakan.

4.            Picitkan lagi adunan bahan-bahan B di atasnya.


5.            Taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit parutan coklat.

6.            Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.

Da siap.. senang je kan… haa, apa tunggu lagi. Pergi tengok kat dapur tu cukup bahan ke tak. Boleh buat untuk family..:)

Kalau ada lebih, boleh bagi kita sikit ek.. nak rasa jugak… ngeee...

kalau malas, meh order kat saya...