Assalamualaikum semua salam sejahtera..
semenjak dua menjak ni saya sangat seronok nak balik umah mak di Klang.. tetiap minggu mesti balik.. asal weekend je mesti muka kitorang terjenggol kat pintu rumah.. yang bestnya siap bawa beg baju nak tidor sana.. mesti mak saya pelik.. kenapa la anak aku ni rajin sangat balik umah dia ni.. kikiii.. memula tu x perasan gak kenapa rajin je nak balik klang ni ye.. rupa rupa nya dah ada penambat hati kami sekeluarga.. seronok sangat ada benda ni..
seronok.. seronok nak share ni.. jeng.. jeng.. jeng..
PERIUK NOXXA IDAMAN KALBU
inilah produk yang telah menambat hati kami sekeluarga.. daripada suami, saya sendiri dan juga anak-anak.. semuanya tertarik dengan periuk ni ha.. nampak simple je periuk ni kan.. dalam simple simple tu, banyak benda yang periuk ni boleh tolong kita tau..
memula masa mak saya intro pasal periuk ni.. punya sombong, xmo dengar. kata membazirlah, tak rajin masaklah.. sekarang, cuba tengok siapa yang teruja lebih.. siap promote kat blog ni ha lagi.. kihkihkih.. takpe takpe.. biasalah anak ngan mak memang selalu macam tu.. ada je yang tak betul.. ada je yang tak kena.. kan.. kan..
okay okay.. dah melalut ni.. kita cerita mengenai kehebatan periuk ni yea.. perkara pertama yang mak saya buat adalah nasi minyak@nasi arab/dodol.. cam pelik jugak memula mak masak tu. bukan pelik apa.. yang peliknya ehh.. cam takde apa yang berkepah pon kat dapur ni, clear je.. tetiba dah siap nasi minyak@arabnya.. pelik nih.. pastu, tetiba pula ada dodol.. bila pula mak ni kacau dodol.. lagi la pelik.. tak pernah dibuat buat mak ni rajin camni.. tapi.. bila da semuanya siap sedia dimasak dan dihidangkan, kami pon ape lagi.. balon je la.. hahaahahaaa... rezekikan.. baca bismillah, nganga mulut dan ngap sajor.. takyah nak tanya macam macam bagai.. tapi, tengah tengah makan tu sambil sambil otak ni berpikir... sian mak aku masak sorang sorang.. aku tak tolong pon.. balik balik terus ngap.. itu lah anak kan.. hiihihiii.. ya ampunnn mak...
tapi.. tengah tengah makan tu mak ada gak cerita, dia masak guna periuk Noxxa ni ha.. tapi, saya buat tak heran je.. sebab apa yea.. sebab nya mak saya ni memang rajin sangat membeli sebab nak tolong orang.. soo, tak heran la dia beli dan pakai periuk tu. tapi dalam hati duk berkata kata.. apa la mak ni, beli periuk ni setakat masak nasi arab ni je.. kalo nak makan nasi arab ni beli da siap lagi senang. tu suma cakap dalam hati je la.. takkan nak cakap depan depan kan.. maut mak dengar kang.. kihkihkihh..
dalam pada hati tengah berkata kata tu.. tetiba mak bawak keluar dodol lak.. dengan muka eksaitednya mak cakap.. dodol ni mak masak sendiri.. muka masing masing dah terkujat.. bila mak aku ni pandai buat dodol pulak nih.. hurmm.. ni ada something wrong somewhere ni.. mesti siasat.. mesti siasat.. takpe.. takpe.. kita biarkan dulu.. kihkihkihh.. lepas siasat punya siasat.. rupa rupanya mak buat dodol guna periuk Noxxa tu jugak.. jakun sekejap aku ni ha.. hahaaaa... dengan adanya periuk Noxxa ni, banyak kelebihannya, macam macam kita boleh buat.. buat ape? buat masak masak la.. masak untuk kenyangkan family kita, untuk beri kebahagiaan kepada family kita, yang paling penting menggunakan masa yang sangat singkat untuk menyediakan masakan sehingga dihidangkan.
soo.. saya pon tereksaited sama.. iyelah mana tak eksaitednya.. mak boleh masak nasi arab ni dalam masa 8 minit je.. dodol tu mak buat dalam masa 20 minit je.. mana ko pon tak terjakuns sama..
soo.. end of stori.. orang yang tak pandai masak pon boleh pandai masak menggunakan periuk Noxxa ni.. sangat sesuai untuk orang yang sibuk, dan pentingkan kebersihan serta kesihatan ahli keluarga... kenapa ye bersih dan sihat? iye lah kalau makan kat kedai, tak tahu lagi makanan yang dimasak tu bersih dan kandungan makanan tu berkhasiat atau pun tidak kan
ini adalah pengalaman pertama saya diterkejutkan oleh mak dengan kehandalannya menggunakan periuk Noxxa..
saya akan berkongsi kejakunan saya mengenai kehebatan periuk Noxxa ni dalam entry akan datang..
#periukNoxxa
No comments:
Post a Comment