Thursday 18 June 2015

Iron Aqua PerfectCare Philipss.. Poojaan hatiku..

Waaa.. nampak tak tajuk kat atas tu tak ingat kan..

Iron Aqua PerfectCare Philips... Poojaan Hatiku..

kikiiii..

Awatnya la sampai cenggitu sekali... mesti ramai yang tertanya tanya kan..

ni nak habaq... dulu, sebelum mengenali Iron Aqua PerfectCare Philips ni saya tak pandang pon mendalah ni.. kalau pandang pon, pandang sipi sipi je.. kiranya pandang sombong gitu..

tapi selepas kita da guna pakai sendiri, barulah tahu kehebatan Iron Aqua PerfectCare Philips ni ha.. hebat sangat ni.. xtau lah kalau awak2 semua ni tak kagum sepertimana saya kagum ni ha.. saya teruja okeh...

saya boleh share video Iron Aqua PerfectCare Philips ni kat awak awak sume.. meh sini tengok.. pastu komen kay..








ciri-ciri yang paling saya suka adalah

1. gosok bahagian depan, bahagian belakang pon dia gosok jugak
    - maknanya, boleh jimat masa, tenaga dan elektrik.

2. baju manik2, mudah digosok
    - mudah digosok kerana tidak tertarik2 dengan baju bermanik dan tidak merosakkan permukaan           Iron Aqua PerfectCare Philips

3. Fabric auto detect
    - permukaan tapak penggosok boleh mengesan jenis fabrik dan tahap kepanasan ditentukan secara         automatik. baju tidak mudah rosak walaupun digosok lama. tak akan bertanda

4. Auto Off
    - sekiranya kita tidak menggunakan Iron Aqua PerfectCare Philips dalam tempoh 10 minit, ianya          akan Off sendiri.. selamat daripada rumah terbakar

5. Iron Steam
    - boleh gosok baju ala ala kedai dobi.

banyak.. banyak.. banyak lagi...

owhh.. saya suka.. saya suka...

SISTABYTES

Ahlan Wa Sahlan Yaa Ramadhan...

salam Ramadhan.. 
salam berpuasa, 
Ahlan Wa Sahlan semua..

Alhamdulillah.. syukur dapat berjumpa lagi dengan bulan mulia, bulan Ramadhan ni.. seronok sesangat kerana, di bulan inilah kita harus mengambil kesempatan untuk membuat amal kebajikan sebanyak banyaknya kerana, kita akan menerima pahala berlipat kali ganda.. 

bukannya bulan selain Ramadhan ni tak bagus, cumanya dibulan Ramadhan ni satu kebaikan yang kita buat, pahalanya diganda gandakan lagi.. sape tak nak kan..

seronok seronok...


Dikesempatan ini juga saya ingin memohon maaf diatas semua keterlanjuran kata @ penulisan, perbuatan secara fizikal, emosi.. 
saya hanya manusia biasa yang tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan.. 
dengan harapan agar.. Ramadhan kali ini memberi sinar baru dalam kehidupan kita semua..

bak kata pepatah..

buang yang keruh, 
ambil yang jernih,
baru teguh peribadi..



Thursday 21 May 2015

PANDUAN MENDIDIK ANAK

Apa akan kita buat apabila kita pulang ke rumah selepas penat bekerja, anak kita akan terus membuat semak rumah dengan mainan dan peralatan lain yang boleh dianggap sebagai mainan ataupun semasa kita sedang memandu, anak kita mengganggu kita atau apa sahaja perbuatan yang boleh membuatkan kita marah dan terus menengking mereka. Jawapannya mungkin kita akan marah dan tengking anak kita. Jika kita kata “JANGAN” mereka lagi akan buat perkara yang sama. Perkataan JANGAN ini seperti tidak “makan” pada diri mereka. Contoh : Jangan main gunting nanti luka jari!, Jangan lompat nanti jatuh!

Saya amat menyokong fakta yang mengatakan sifat anak-anak pada usia bawah 6 tahun sangat-sangat dipengaruhi oleh apa yang dilihat dan didengar pada setiap hari. Ini kerana, apa sahaja yang dilihat dan didengar setiap hari ia seperti suatu pembelajaran bagi anak tersebut dan ia tersemat ke otak. 
Contohnya : Mereka suka menyebut perkataan “bodoh” tapi tidak tahu maknanya. Mereka juga suka meludah atau menjelirkan lidah seperti mengejek kita tapi tidak tahu sebabnya.
TASTIERICH.BLOGSPOT.COM

Ini bermaksud, seorang anak itu boleh menjadi baik kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang baik yang dijumpainya pada setiap hari.
Begitu juga sebaliknya, seorang anak itu boleh menjadi nakal kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang ‘kurang’ baik yang dijumpainya pada setiap hari.

Oleh itu, satu cara untuk menangani anak-anak yang nakal ialah dengan menjauhkan anak ini daripada individu-individu yang memberikan pengaruh negatif kepada sifatnya. Semakin lama anak nakal ini bersama dengan individu tersebut, maka semakin banyaklah sifat negatif orang itu yang akan diserap ke dalam dirinya.
Mungkin juga fakta yang mengatakan setiap sifat yang terbentuk dalam diri anak-anak pada usia 0-6 tahun akan dibawa seumur hidupnya adalah benar. Fakta ini bukan sahaja kajian daripada Barat. Malah ia turut diakui dalam Islam. Sebab itu, pendidikan yang betul di peringkat umur ini sangat penting dan tidak harus diabaikan sama sekali.
Jadi, apakah tindakan yang harus dilakukan?

Langkah 1: Periksa siapakah orang-orang yang biasanya dijumpai oleh anak-anak ini pada setiap hari.

Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah tersebut (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh), adakah terdapat orang-orang yang membawa unsur negatif ini.
Jika ada, seboleh-bolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik, daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik.

Langkah 2: Ubah cara pendekatan anda dengan anak-anak ini.


Asasnya, anak-anak banyak sekali mencontohi dan meniru sifat ibubapa. Sekiranya ibubapa telah memberikan sifat negatif (secara sedar atau pun tidak), maka ibubapa tidak ada pilihan lain melainkan membuat sedikit inisiatif untuk BERUBAH.

Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibubapa memarahi mereka, maka semakin kuat lah pemberontakan mereka.

Anak-anak pada usia ini tidak “makan” dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.

Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak, dakap anak, peluk anak, cium anak, sayang anak, dudukkan anak di atas pangkuan, dan berilah nasihat secara HIKMAH. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat tadi adalah salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.

Apabila mereka lakukan kebaikan, walaupun tidak sempurna, (contohnya: anak mahu lap air yang tumpah, tetapi cara lap nya menyebabkan air semakin berselerak), ibubapa MESTI tunjukkan penghargaan. Apabila pujian diberikan, pasti anak akan gembira untuk melakukan perkara yang baik lagi di masa akan datang.

Ibubapa bukan sahaja perlu mendekati anak-anak sewaktu mereka melakukan kesalahan sahaja, sebaliknya, carilah peluang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak. Seperti bermain, membaca, mewarna dan sebagainya. Anak-anak pada usia ini sangat suka apabila ada orang dewasa menyertai aktiviti mereka, kerana mereka mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk belajar apa sahaja perkara baru daripada orang dewasa.

Apabila ibubapa rapat dengan anak-anak, maka kerja untuk mendidik akhlak dan sifat yang terpuji di dalam diri anak-anak menjadi lebih mudah. Anak pada usia ini akan taat dan hormat kepada orang yang banyak menunjukkan keprihatinan kepada mereka.

Untuk menghasilkan sifat yang terpuji dalam diri anak-anak, ibubapa perlu sentiasa menunjukkan sifat yang terpuji di hadapan mereka. sebagai contoh:-

Jika mahu anak mematuhi perintah Allah, ibubapa perlu patuhi perintah Allah terlebih dahulu.
Jika mahu anak taat kepada ibubapa, ibu perlu taat pada perintah bapa dahulu.
Jika mahu anak pandai ucap terima kasih, ibu dan bapa perlu selalu ucap terima kasih kepada mereka dan sesiapa sahaja.
Jika mahu anak mengeluarkan kata-kata yang sopan, ibu dan bapa perlu berkata perkataan yang baik sahaja di hadapan mereka atau sesiapa sahaja.
Jika mahu anak-anak meminta maaf selepas melakukan kesalahan, ibu dan bapa perlu selalu saling meminta maaf  sesama mereka dan tidak salah jika ibubapa meminta maaf kepada anak-anak juga.

Bila ibubapa mula menunjukkan sifat yang baik, sedikit demi sedikit anak akan menirunya dan sifatnya akan mula berubah. Kalau bukan hari ini, mungkin esok.Kalau bukan esok, mungkin lusa.Dan kalau bukan lusa, mungkin minggu depan atau bulan depan atau tahun depan.

Yang penting, terus lakukannya dengan istiqamah dan terus panjatkan doa kepada Allah swt dengan keyakinan yang kuat bahawa suatu hari nanti pasti anak ku akan berubah.

Yakinlah wahai ibubapa, setiap ciuman yang diberikan kepada anak dan sekelumit kesabaran dalam mendidik mereka, mempunyai NILAI yang sangat besar di sisi Allah swt.

Saya juga bukan sahaja mengingatkan anda malah diri saya sendiri terutamanya, mendidik anak-anak memerlukan kesabaran yang amat tinggi dan kenakalan mereka menggugat kesabaran kita pada setiap tikanya. Oleh itu, kita sebagai ibubapa haruslah bersabar dari menahan kemarahan terhadap anak kita.

#SISTABYTES
#bawanggorengpremium


SISTABYTES

3 Cara perMUDAHkan Kejayaan Anda

cara IK

Ada tak cara untuk berjaya dengan mudah? Sememangnya tidak ada. Namun, walaupun tiada cara untuk mencapai kejayaan dengan mudah, pastinya ada cara-cara untuk PERmudahkan kejayaan kita.

Cara-cara ini adalah cara terbukti berkesan yang dilakukan oleh ramai insan-insan yang berjaya.

Pertama: Perhati dan ikut cara orang berjaya

Dalam kejayaan, bak kata mat Salleh, kita tidak perlu “re-invent the wheel”. Kata Melayu pula, kita tak perlu ciptakan sekali lagi roda. Roda telah dicipta. Maka, tak guna nak ciptakan sekali lagi bukan? Tetapi maksud sebenar “wheel” atau “roda” di sini bermaksud kitaran atau cara-cara yang dilakukan oleh seseorang itu.

Pelajari dan teliti usaha, teknik, srategi, semangat, sikap, cara, kaedah, dan apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang berjaya selagi ianya tidak melanggar batas-batas agama.

Ianya dikatakan menurut penyelidikan Dr Thomas Stanley, orang yang sangat-sangat berjaya dalam bidang mereka bekerja dan berusaha 70-80 jam seminggu. Sekiranya dilihat di sini sahaja, jumlah ini adalah jauh lebih dari bekerja 9 pagi hingga 5 petang. Adakah kita berusaha sedemikian?

Kedua: Bergaul dengan orang-orang berjaya

Kelilingi diri anda dengan mereka yang bermotivasi tinggi, bersemangat, berjaya, berfikiran positif, mempunyai matlamat dan visi, dan seumpamanya. Sekali lagi, bak kata mat Salleh, “If you want to soar like an eagle, you must not flock with the turkeys”. Banyak pula kata mat Salleh kali ini ;) Maksudnya adalah, “Kalau hendak terbang setinggi helang yang gah, jangan pula sentiasa bersama ayam belanda di tanah”.

Kenali bulatan kenalan baru.

Berjumpa dan berkenalan dengan orang-orang yang disebutkan diatas. Ianya seumpama pergi ke gym. Kalau di rumah, melakukan senaman seorang diri mungkin kurang semangat dan tenaga. Tetpi, apabila pergi ke gym, melihat ramai sedang bersenam, berpeluh tanpa henti, ia seakan memberi semangat kepada diri kita sendiri pula untuk turut sama bersenam, berpeluh tanpa henti!

Kenali dan dampingan bulatan kenalan yang dapat memberi semangat kepada anda untuk berjaya, dan bukannya menjatuhkan semangat anda.

Ketiga: Jadikan usaha sebagai tabiat

Konsisten dalam usaha anda. Tidak semestinya anda berusaha sekeras mungkin untuk sesuatu masa yang tertentu. Apa yang penting adalah konsisten dalam usaha yang dilakukan. Apabila konsisten, ia akan menjadi tabiat dalam diri kita sendiri.

Seperti perlumbaan kura-kura dan si arnab, arnab yang sebegitu laju tetap kalah oleh kerana berhenti ditengah jalan untuk tidur. Si kura-kura menang kerana konsisten selalu sehingga ke akhirnya.

Melakukan usaha dengan pantas, dan bersemangat sememangnya penting. Tetapi, ianya tidak akan menjadi sekiranya tidak konsisten. Kalau nak berusaha dengan pantas, keras, & bersemangat, boleh, tetapi biarlah konsisten dan dilakukan setiap hari.

Sediakan jadual mingguan untuk diri anda sendiri dan senaraikan matlamat yang anda ingin capai setiap hari dalam seminggu. Jadual mingguan ini akan menjadikan and alebih teratur dan konsisten dalam usaha anda. Jadikan tabiat untuk sentiasa merancang minggu anda dengan usaha-usaha yang anda perlu lakukan, dan lakukannya!

Sememangnya, untuk berjaya tiada cara yang mudah. Kalau ada yang kata boleh berjaya dengan mudah, tipu la tu. Namun, pastinya ada cara-cara untuk PERMUDAHKAN kejayaan anda.



#bawanggorengpremium
#sistabytes

SISTABYTES

NOXXA : MASAK NASI ARAB / BRIYANI 8 MINIT

mmm.. cakk...
sambil sambil buat muka comel.. kikiii

sejak kebelakangan ni suka betul balik rumah mak kat klang.. semenjak mak membeli beberapa peralatan dapur ni ha... suka.. suka...

antara peralatan yang memudahkan kerja kami anak beranak adalah:

1. pressure cooker NOXXA


Ni ha nak cerita.. seronok tau ada peralatan yang memudahkan kerja kat rumah.. senang mudah,,jimat masa. dan yang paling penting, mutu masakan terjamin. 

kami sekeluarga memang suka makan kat luar, namun, setelah ada periuk ajaib NOXXA ni, semuanya berubah. masing masing nak tunjuk kepakaran memasak. baru la ada bonding time mother, father, daughter, son, in law, sumer.. mengeratkan ukhuwah gitew..

mestilah kannn.. tuk tik tuk tik kat dapur.. tetiba, eh dah siap.. seronoknya.. xyah nak berpanas panas kat dapur. sebut je nak masak apa.. nak masak nasi beriani, nasi arab, nasi apa skali pun hanya 8 minit sahaja.. nak masak dodol... haaa.. dodol... xyah nak berpanas berpeluh kacau, hanya 20 minit sahaja.. sebut je nak masak apa lagi.. nak masak sup ayam kampung,, hanya 20 minit sahaja.. haa.. apa lagi.. popcorn pon boleh jugak... jimat masa.. jimat tenaga.. hubungan keluarga pon makin akrab..

panjang la pulak ceritanya.. okay.. kita sambung kelebihan peralatan yang lain kat entri yang lain lak yea... stay tune beb... 

sebelum tu, kita kasi intro gambar dulu eh...


2. ice cream maker NOXXA : buat ice cream sepantas 1 jam dan boleh terus makan tanpa masuk freezer...



3. Food Processor NOXXA : inilah tools yang saya gunakan untuk buat bawang goreng SISTABYTE.. Owhhh.. rangupnya


4. breadmaker NOXXA : yang ni pula adalah breadmaker untuk buat segala macam roti, pizza, donut dan macam2 lagi la.. kang story, x cukup masa lak.. kikikihh



5. Iron PHILIPS : ini pula iron serbaguna.. nak guna secara berdiri boleh, nak guna secara baring pon boleh. nak iron baju ada manik2 ni senang jea.. x perlu hantar dobi bagai, jimat duit, masa n tenaga..


hurmm... teringinnya nak ada sendiri punya... kena kerja keras ni.. uhuk..uhuk..uhuk... sementara tu, kita ulang alik umah mak la yer..


#bawanggorengpremium
#SISTABYTES

SISTABYTES


Wednesday 22 April 2015

Fakta kalsium dan magnesium di dalam tubuh

hye awak... hye..hye..

Assalamualaikum.. 

lagi stori pasal kalsium.. kali ni stori pasal kenapa sekiranya kita ambil supplemen kalsium diharuskan ada kandungan magnesium didalamnya sekali... mungkin ramai yang dah tahu, tak kurang juga ramai lagi yang tak tahu.. soo.. saya disini adalah sebagai penyampai maklumat lah kiranya.. kikiii.. selamat menuntut ilmu yea kawan kawan.. jangan bosan membaca tau.. sekiranya entry saya ini bosan, mohon tunjuk ajar yea.. ataupun anda boleh beri komen diruangan dibawah.. sharing is caring right??.


Fungsi KALSIUM dalam badan..

kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. 

Sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot. 

Kalsium perlu sentiasa berada dalam aliran darah bagi membolehkan ia menjalankan tugasnya. Jika paras kalsium dalam darah tidak mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis. 

Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet, jumlah keperluan harian biasanya sukar dicapai. Pengambilan makanan tambahan kalsium biasanya disarankan bagi mengatasi masalah ini. Hanya dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan. 

Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta warga tua. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah susu, ikan salmon dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kailan dan brokoli. 

Badan akan menyerap kalsium secara maksimum sebelum seseorang itu berumur 35 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian mendapati bahawa individu berusia 65 tahun ke atas yang mengambil makanan tambahan kalsium dan makanan yang kaya dengan kalsium dapat mengurangkan risiko keretakan tulang dan mampu mengekalkan kesihatan tulang yang baik. 

fungsi MAGNESIUM bersama kalsium


Bagaimana pula dengan magnesium? Secara purata, jumlah simpanan magnesium dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam tisu lembut dan cecair badan. 

Walaupun sedikit, magnesium terbabit dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting. Secara umumnya, magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid, membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan. 

Paras magnesium dalam badan mudah berkurangan akibat faktor seperti tekanan, aktiviti fizikal yang lasak dan pengambilan sesetengah jenis ubat. Dengan itu, pengambilan makanan tambahan sangat digalakkan. Sumber makanan yang kaya dengan magnesium termasuklah bijirin penuh, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kerangan. 

Pengambilan makanan tambahan gabungan kalsium dan magnesium dalam nisbah 2:1 perlu dijadikan keutamaan. Ini kerana nisbah tersebut sudah terbukti dapat memberi kebaikan yang optimum kepada badan. Penambahan vitamin dan mineral tertentu seperti zink, vitamin D3 dan mangan (unsur logam) adalah baik untuk membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan magnesium yang lebih berkesan. 

Kalsium, dalam bentuk kalsium sitrat, terbukti mempunyai kadar penyerapan yang lebih baik berbanding bentuk kalsium yang lain. Kalsium sitrat juga larut dalam air. Ini bermakna kalsium sitrat yang berlebihan, akan disingkirkan melalui air kencing, sekali gus mengurangkan risiko mendapat masalah batu karang.

Tuesday 21 April 2015

OSTEOPOROSIS Vs KALSIUM

Awak kat mana? Awak.. Awak Kat Mana?

Eh.. eh.. termenyanyi pulak.. kihkihkihh... 

sekarang ni tengah mood untuk bercerita mengenai Kalsium.. Kalsium sesajer la hari nih yop.. ngeee.. kalau tadi saya story mengenai macammana saya boleh terambil supplement Produk Nutrilite Cal Mag D, sekarang saya akan ceritakan akibat sekiranya saya mengabaikan pengambilan kalsium didalam tubuh.



memula sekali mestilah saya ceritakan kenapa Kalsium tu penting untuk tubuh kita yang sangat berharga ni yea.. begini ceritanya.... Pada suatu hari.... hahahaaa... tetiba pada suatu hari lak kan.. okay okay kita mulakan dengan fakta dibawah..

kenapa kita perlukan Kalsium?

Kalsium merupakan mineral penting yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk membina tulang yang kuat dan untuk menjaga mereka kuat sepanjang hidup kita. Kalsium juga diperlukan untuk keperluan lain, seperti kontraksi otot. (especially sepanjang tempoh berpantang)

Bagaimanakah Kalsium berfungsi didalam badan manusia?

Hampir semua kalsium (99%) disimpan dalam tulang. 1% sisanya beredar dalam tubuh. Sekiranya makanan harian yang kita makan tidak dapat membekalkan kandungan kalsium yang cukup untuk 
beredar dalam darah, tubuh Anda akan mengambil kalsium dari tulang. 

Ratusan penyelidikan ilmiah menunjukkan bahawa dari waktu ke waktu, hilangnya kalsium dari tulang dapat menyebabkan "osteoporosis" penyakit tulang, kadang-kadang disebut "tulang rapuh," yang dapat menyebabkan tulang tipis dan risiko yang lebih besar patah tulang.

Adakah kalsium sangat membantu kita setiap masa?

Semua orang memerlukan kalsium untuk membina dan menjaga tulang yang kuat dan untuk fungsi tubuh yang normal. Tetapi beberapa orang berada pada risiko lebih besar untuk mendapatkan osteoporosis ketika mereka semakin tua. Risiko lebih tinggi untuk perempuan daripada lelaki, terutama wanita yang memiliki tulang yang lebih kecil. 

Untuk mengurangi risiko osteoporosis, kita harus makan kalsium yang mencukupi daripada zaman kanak-kanak sehingga dewasa, sepanjang tempoh tulang terbentuk. 

Apakah sumber makanan yang mengandungi kalsium?

Makanan yang merupakan sumber kalsium yang baik termasuk produk tenusu, seperti susu, yogurt dan keju serta sayuran berdaun hijau, seperti kangkung dan lobak hijau. Ada juga beberapa makanan yang menambah kalsium, seperti kalsium yang diperkaya jus jeruk dan jus jeruk.

Apakah kadar pengambilan Kalsium yang harus saya ambil?

Berdasarkan bertahun-tahun penelitian ilmiah, para ahli nutrisi telah belajar bagaimana kalsium yang banyak orang perlu makan setiap hari untuk membangun tulang yang kuat dan mempertahankan massa tulang ketika usia mereka bertambah. Jumlah yang Anda harus makan tergantung pada hal-hal seperti usia Anda. Sebagai contoh:
  • Anak-anak 9 sampai 18 tahun - 1.300 miligram (mg)
  • 19 sampai 50 tahun Dewasa - 1.000 miligram (mg)
  • Dewasa lebih dari 50 - 1.200 miligram (mg)


Apakah akibat pengambilan Kalsium daripada diet harian?

Meskipun adalah mungkin untuk makan terlalu banyak kalsium (lebih dari 2.500 miligram setiap hari), penelitian telah menunjukkan bahawa kebanyakan orang Amerika tidak makan jumlah yang disarankan kalsium yang mereka perlukan setiap hari.

Jika Anda alah terhadap pengambilan laktosa, adalah amat sulit untuk mendapatkan cukup kalsium. Intoleransi laktosa bermaksud tubuh sukar untuk mencerna makanan yang mengandung laktosa, atau gula yang terkandung dalam produk tenusu seperti susu. 

Gas, kembung, kram perut, diare, dan mual adalah gejala yang mungkin Anda miliki. Gejala ini akan menyerang tanpa mengira peringkat usia tetapi sering dimulai saat kita beranjak tua.


TAHUKAH ANDA... INDEX KETUMPATAN KALSIUM DI DALAM TUBUH...

Salam sejahtera dan salam ceria semua..

terbuka hati untuk sharing satu benda yang ramai orang ignore.. walaupun tahu kepentingannya, namun kerana mendapati tubuh masih mampu untuk bebas bergerak saya telah mengabaikan pengambilannya..

masyaAllah.. kasihannya tubuh saya ni.. maafkan saya ye ain.. saya telah mengabaikan awak.. saya berjanji untuk lebih memberi perhatian terhadap tubuh badan saya selepas ini.. selama lebih daripada 30 tahun saya telah menggunakan tubuh ini yang pada awalnya sihat seawal bayi tanpa pengambilan makanan seimbang, namun baru sekarang saya ketahui yang tubuh saya ni kekurangan ketumpatan kalsium.. patut la sakit sakit pinggang, lenguh lenguh kaki, asik terkentut je.. asal amek air sembahyang mesti kena cepat cepat solat takut terkentut.. kikiii.. tak senonoh kan.. pembuangan air besar pun tidak lawas.. rupa rupanya itu adalah salah satu simptom yang badan kita ni kekurangan kalsium.. 

syukur alhamdulillah... nasib baik saya ketahuinya dengan lebih awal.. kerana, mengikut statistik ketumpatan kalsium saya adalah ditahap sempadan untuk lebih mudah kena osteoporosis.. nauzubillah.. minta dijauhkan.. so, sekarang saya mengambil langkah berjaga jaga.. saya kena lebihkan pengambilan kalsium.. adakah saya kena makan lebih sayur, lebih minum susu ataupun apa yang patut saya lakukan yea.. tolong.. tolong.. siapa yang ada solution untuk saya ni.. dan sekiranya saya mengambil pemakanan seimbang, adakah ianya mampu untuk supply keperluan badan saya? mampukah saya untuk mengambil sayuran dalam kuantiti yang banyak untuk setiap hari??? saya rasa saya tidak mampu untuk lakukan.. namun untuk kesihatan diri, saya harus lakukan.. saya buntu memikirkannya. 

oleh itu, saya mencari alternatif lain.. saya pon google google lah didalam internet ni.. banyak info yang saya dapat. sebagai contoh sekiranya kita mengambil makanan tambahan kalsium, seharusnya kita mengambil sekali kalsium yang mengandungi magnesium.. kenapa kena ada magnesium sekali? kerana saya umpamakan begini. kalsium dan magnesium adalah seperti kawan baik yang saling menyokong diantara satu sama lain. anda boleh mendapat maklumat lebih lanjut disini.

Setelah saya menggoogle google, saya terbaca mengenai Produk Nutrilite Cal Mag D.. hebat sangat ke Cal Mag D ni? bagi saya produk ni sangat hebat. kenapa saya kata hebat? kerana, masalah masalah yang saya sebutkan diatas hampir pulih 100% dengan izin Allah.. Kita memang disuruh untuk berusaha, oleh itu saya berusaha untuk mengumpul maklumat mengenai keperluan tubuh saya yang selama ini saya abaikan.. oleh itu, atas asbab produk Nutrilite ini saya telah pulih..

syukur Alhamdulillah.. saya sangat gembira dengan perkembangan ini. atas dasar itulah, saya tanpa segan silu telah mendedahkan kekurangan diri yang selama ini dipendam kerana segan. maunya tak segan beb, asek terkentut je bila amek air sembahyang. dengan pembuangan tak lawas lagi.. namun sekarang, saya boleh berbangga dengan kesihatan yang baru ini.

oleh itu, sahabat sahabat yang saya sayangi semua... marilah kita sayangi diri kita yang selama ini kita telah abaikan . dengan menyayangi diri, kita dapat menunjukkan kepada Allah SWT yang kita juga amat mensyukuri segala nikmat yang diberi oleh Nya.. InsyaAllah..

Oooppss.. lupa pulak nak tayang Cal Mag D ku.. tada... inilah dia...


180 tablet
harga tak ingat plak.. nnti saya check ya..
satu hari makan 2 tablet je..
maknanya leh tahan dekat 3 bulan..
kualiti tahap AAAAA.. kikiii.. top five rating dowhh.



Monday 20 April 2015

AMAZINGGG NOXXA.. PERIUK SERBAGUNA...MUDAH ALIH.. JIMAT MASA..

Assalamualaikum semua salam sejahtera..

semenjak dua menjak ni saya sangat seronok nak balik umah mak di Klang.. tetiap minggu mesti balik.. asal weekend je mesti muka kitorang terjenggol kat pintu rumah.. yang bestnya siap bawa beg baju nak tidor sana.. mesti mak saya pelik.. kenapa la anak aku ni rajin sangat balik umah dia ni.. kikiii.. memula tu x perasan gak kenapa rajin je nak balik klang ni ye.. rupa rupa nya dah ada penambat hati kami sekeluarga.. seronok sangat ada benda ni..

seronok.. seronok nak share ni.. jeng.. jeng.. jeng..

PERIUK NOXXA IDAMAN KALBU



inilah produk yang telah menambat hati kami sekeluarga.. daripada suami, saya sendiri dan juga anak-anak.. semuanya tertarik dengan periuk ni ha.. nampak simple je periuk ni kan.. dalam simple simple tu, banyak benda yang periuk ni boleh tolong kita tau..  

memula masa mak saya intro pasal periuk ni.. punya sombong, xmo dengar. kata membazirlah, tak rajin masaklah.. sekarang, cuba tengok siapa yang teruja lebih.. siap promote kat blog ni ha lagi.. kihkihkih.. takpe takpe.. biasalah anak ngan mak memang selalu macam tu.. ada je yang tak betul.. ada je yang tak kena.. kan.. kan.. 

okay okay.. dah melalut ni.. kita cerita mengenai kehebatan periuk ni yea.. perkara pertama yang mak saya buat adalah nasi minyak@nasi arab/dodol.. cam pelik jugak memula mak masak tu. bukan pelik apa.. yang peliknya ehh.. cam takde apa yang berkepah pon kat dapur ni, clear je.. tetiba dah siap nasi minyak@arabnya.. pelik nih.. pastu, tetiba pula ada dodol.. bila pula mak ni kacau dodol.. lagi la pelik.. tak pernah dibuat buat mak ni rajin camni.. tapi.. bila da semuanya siap sedia dimasak dan dihidangkan, kami pon ape lagi.. balon je la.. hahaahahaaa... rezekikan.. baca bismillah, nganga mulut dan ngap sajor.. takyah nak tanya macam macam bagai.. tapi, tengah tengah makan tu sambil sambil otak ni berpikir... sian mak aku masak sorang sorang.. aku tak tolong pon.. balik balik terus ngap.. itu lah anak kan.. hiihihiii.. ya ampunnn mak... 

tapi.. tengah tengah makan tu mak ada gak cerita, dia masak guna periuk Noxxa ni ha.. tapi, saya buat tak heran je.. sebab apa yea.. sebab nya mak saya ni memang rajin sangat membeli sebab nak tolong orang.. soo, tak heran la dia beli dan pakai periuk tu. tapi dalam hati duk berkata kata.. apa la mak ni, beli periuk ni setakat masak nasi arab ni je.. kalo nak makan nasi arab ni beli da siap lagi senang. tu suma cakap dalam hati je la.. takkan nak cakap depan depan kan.. maut mak dengar kang.. kihkihkihh..

dalam pada hati tengah berkata kata tu.. tetiba mak bawak keluar dodol lak.. dengan muka eksaitednya mak cakap.. dodol ni mak masak sendiri.. muka masing masing dah terkujat.. bila mak aku ni pandai buat dodol pulak nih.. hurmm.. ni ada something wrong somewhere ni.. mesti siasat.. mesti siasat.. takpe.. takpe.. kita biarkan dulu.. kihkihkihh.. lepas siasat punya siasat.. rupa rupanya mak buat dodol guna periuk Noxxa tu jugak.. jakun sekejap aku ni ha.. hahaaaa... dengan adanya periuk Noxxa ni, banyak kelebihannya, macam macam kita boleh buat.. buat ape? buat masak masak la.. masak untuk kenyangkan family kita, untuk beri kebahagiaan kepada family kita, yang paling penting menggunakan masa yang sangat singkat untuk menyediakan masakan sehingga dihidangkan.

soo.. saya pon tereksaited sama.. iyelah mana tak eksaitednya.. mak boleh masak nasi arab ni dalam masa 8 minit je.. dodol tu mak buat dalam masa 20 minit je.. mana ko pon tak terjakuns sama..   

soo.. end of stori.. orang yang tak pandai masak pon boleh pandai masak menggunakan periuk Noxxa ni.. sangat sesuai untuk orang yang sibuk, dan pentingkan kebersihan serta kesihatan ahli keluarga... kenapa ye bersih dan sihat? iye lah kalau makan kat kedai, tak tahu lagi makanan yang dimasak tu bersih dan kandungan makanan tu berkhasiat atau pun tidak kan

ini adalah pengalaman pertama saya diterkejutkan oleh mak dengan kehandalannya menggunakan periuk Noxxa..

saya akan berkongsi kejakunan saya mengenai kehebatan periuk Noxxa ni dalam entry akan datang..

#periukNoxxa




AYUHH... SISIHKAN PENYAKIT "M" ITU

Ya ampunn.. 
lama giler tak bersiaran.. 
sibuk ke?

xde la sibuk sangat pun.. cuma penyakit M tu banyak besar...kihkihkih...

okay2.. sekarang.. mulai hari ni saya akan share benda yang bermanfaat je yea.. 

bermanfaat yang macam mana tu?

ala.. seperti kesihatan.. menu masak memasak.. kebersihan diri/rumah dan macam macam lagi.. pendek kata mengenai rutin harian kita.. kalau bagi orang perempuan.. rutinnya mestilah memasak, kemas pakaian, kemas rumah kan.. kann.. bosan kan.. ehh.. lupa lagi satu rutin.. haaa... yang ni mesti orang pompuan suka.. shopping, jenjalan, g spa ke.. kan..kan..kan..

tak boleh lari dengan semua tu.. lain lah kalau kita dah ada maid kat rumah, mesti banyak kerja rumah maid dah tolong siapkan. tetapi, bab masak memasak sure orang rumah / isteri / ibu  atau apa panggilan sekalipun mesti orang perempuan yang akan lakukan kan. masakan dari hati yang sangat menyayangi ahli keluarganya ditambah dengan zikir, selawat dan doa yang baik baik untuk ahli keluarga semasa memasak itulah yang menjadi penyedap rasa kepada masakannya dan menjurus kepada kebahagiaan ahli keluarga.. ngee.. da macam ceramah lak..

sebelum banyak banyak lagi melalut, better kita out dulu yea.. bye sume..


Wednesday 28 January 2015

Rahsia Aura Perniagaan..

Assalamualaikum wahai semua sahabat yang saya sayangi..

sepanjang tempoh saya bercuti daripada menulis, saya telah mempelajari teknik untuk menjadi lebih tenang. tenang dalam ertikata lain, saya lebih menikmati setiap detik yang sedang saya lalui.. terlalu banyak perkara yang saya pelajari.. sampai saya nak cerita pun tak tahu nak mula daripada mana..

bukan nak syok sendiri, tetapi saya bimbang sekiranya penyampaian saya tidak sampai untuk memberi kefahaman kepada sahabat semua..

ini adalah salah satu program yang saya hadiri.. ianya adalah percuma.. tetapi amat berbaloi bagi saya... 

kemudian nya saya hadiri seminar ni..


seminar ni adalah berbayar.. walaupun nilai ni agak mahal.. tetapi setelah menghadirinya saya amat bersyukur kerana telah diberi peluang digerakkan hati oleh Allah swt untuk menyertainya..

Alhamdulillah.. terima kasih Allah..